Kalau Amanah kerjasama dengan saya, siapa lagi saya nak troll?

Najib Tun Razak hari ini di dalam entri facebooknya secara sinis berkata sekiranya Amanah bekerjasama dengannya siapa lagi beliau mahu troll?

Ini berikutan kenyataan dalam portal berita yang dikaitkan dengan Azmin sebelum ini iaitu MalaysiaNow menyiarkan berita bahawa Amanah putuskan tolak kerjasama dengan Najib.

Najib bertanya sejak bila pula beliau mahu bekerjasama dengan Amanah? Ini kerana beliau tidak pernah menzahirkannya secara lisan atau bertulis.



Najib meneruskan “troll” beliau apabila mengatakan beliau akan mengadu hal ini kepada Lid, Mat Sabu dan elefen.

Beliau menambah parti Amanah yang hanya mendapat kadar sokongan 1% orang Melayu, 1% orang Cina dan 0% orang India seperti dalam kajian baru-baru ini tidak perlu mengeluarkan berita seperti ini kerana beliau tidak pernah ada niat atau meminta bekerjasama dengan mereka.

Najib ‘troll’ Dr M tak boleh kerjasama dengan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker