Muhyiddin, Peguam Negara menghadap Agong pagi ini

Muhyiddin, Peguam Negara menghadap Agong pagi ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pagi ini.

Difahamkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga akan turut sama dalam pertemuan tersebut.



Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan pertemuan itu dilakukan.

Pada kebiasaannya Muhyiddin akan melakukan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan kertas kabinet.

Selepas pertemuan itu, Muhyiddin dijadualkan untuk mengadakan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada Selasa, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.



Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang akhbar itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang).

Pada sidang akhbar itu juga, Ahmad Zahid mengesahkan surat Akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebelum itu mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, selaras dengan kehendak parti.



Selain itu, beberapa lagi menteri dijangka mengikut tindakan beliau dalam masa terdekat. Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Muhyiddin, Peguam Negara menghadap Agong pagi ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker