Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 – Kajian

Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 – Kajian

SEPERTI yang diketahui, mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya masih boleh dijangkiti COVID-19.

Perbezaannya, mereka yang sudah lengkap divaksin kebiasaannya mengalami gejala yang ringan, atau langsung tiada gejala.

Namun para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang sudah lengkap divaksin, iaitu bersin.

Bersin boleh disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau alahan debu, namun bersin yang berlebihan dalam kalangan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya, boleh menjadi satu gejala COVID-19.

Itu dapatan kajian pengendali aplikasi ZOE COVID Symptom Study, yang merupakan kajian terbesar berkaitan COVID-19 setakat ini.

“Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin,” kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari segi sains yang membuktikan bersin sememangnya gejala COVID-19.

Justeru orang ramai diminta berwaspada terhadap gejala-gejala lain, sama ada mereka yang telah divaksinasi atau belum.

“Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.

“Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko,” tambah mereka.

Kerap bersin tanpa sebab selepas divaksin mungkin gejala COVID-19 – Kajian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nenek 64 tahun diberkas edar dadah

Kejar wanita ‘tunjuk’ kemaluan, Lelaki penjara 14 hari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker