Aliff Syukri kena kecam berlakon perang Palestin [VIDEO]
Aliff Syukri kena kecam berlakon perang Palestin (Video)
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia dan isteri Datin Seri Shahida melakonkan semula babak keadaan genting di wilayah bergolak, Palestin.
Berjaya menuai pelbagai kritikan daripada netizen, tindakan Aliff Syukri dianggap tidak sensitif dan tidak wajar dilakukan.
Dalam video tersebut, pasangan suami isteri ini sedang beraksi seolah-olah diserang pengganas zionis dan cuba menyelamatkan diri berlatar-belakangkan bunyi senapang.
“Inilah keadaan di Palestin..inilah hero penyelamat negara.” tulis Aliff Syukri ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memberi komen dan menggesa agar Aliff Syukri lebih cakna dengan apa yang terjadi di sana dan tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lawak.
https://www.instagram.com/reel/CTmspoNg7D4/?utm_medium=copy_link
Terdahulu, Aliff juga mencipta kontroversi di mana dia muncul dengan video pendek memegang dan memeluk wanita dalam mempromosikan tudung keluarannya, AS Hijab. Bn
Aliff Syukri kena kecam berlakon perang Palestin (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam
- Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
- 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani
- Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik
- Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator
- Muhyiddin begitu terdesak – Khaled
- PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan
- Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi
- Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin
- Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar
- Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur
Layari Laman Facebook MYKMU