Filem Baru Namewee, ada perkataan ‘Melayu’ selepas tajuk ‘Babi’

Pengarah dan pelakon Cina kontroversi Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee sekali lagi mengundang kontroversi baru berkaitan filem terbaru beliau yang bertajuk ‘Babi’.
Poster filem Namewee bertajuk BABI yang jelas memaparkan perkataan ‘Melayu’ selepas perkataan BABI berkenaan.
Gambar poster tersebut yang kini tular di media sosial jelas merupakan satu penghinaan kepada bangsa melayu dan boleh menyebabkan ketegangan di antara kaum.
Samada ada ianya disengajakan atau tidak Namewee sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti berkenaan.

Dia yang sebelum ini membuat  video bersifat sindiran dan mengandungi kata-kata kesat yang dimuat naik ke dalam siaran Youtubenya.

Antara lagu-lagu ia adalah termasuk lagu berjudul Kawanku sebuah lagu kotroversi yang mengkritik Cina malaysia, orang Melayu, dan Negarakuku. Walau bagaimanapun ia kemudian dipadam olehnya demi menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.

Walaupun diselubungi kontroversi akibat lagu-lagu sindiran terbabit, Wee telah mengeluarkan album bertajuk 明志 Namewee, di Malaysia pada 3 September, 2007,Album itu siap pada bulan Mei, dengan mengecualikan lagu kontroversi Negarakuku.

Walau bagaimanapun satu laporan polis perlu dibuat dan siasatan dibawah Akta Hasutan perlu dlakukan ke atasnya akibat kontroversi yang terbaru ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker