Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin

Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin, dakwa tiga individu

Tiga individu, termasuk seorang peguam, mendakwa bahawa antibodi terhadap Covid-19 tidak dikesan dalam badan mereka setelah menerima dua dos vaksin Sinovac.

Peguam, Varpal Singh Sagoo, menerima dos pertama pada 29 Mei dan yang kedua pada 19 Jun.

“Walaupun telah menerima dua dos vaksin Sinovac, ujian antibodi Covid yang dilakukan oleh makmal patologi menunjukkan keputusan negatif,” katanya.

Varpal, 60, berkata beliau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada jururawat yang memberinya suntikan dan tidak meminta untuk melihat picagari berisi vaksin.

Malah, beliau tidak ditunjukkan isi kandungannya sebelum dan selepas diberi suntikan, dakwanya.

“Saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau reaksi selepas setiap dos, kecuali sakit di bahagian lengan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, setelah mengetahui tentang kejadian “suntikan kosong” dan kerana tidak mengalami kesan sampingan, beliau memutuskan untuk menjalani ujian antibodi pada 21 Julai, iaitu 33 hari selepas menerima dos kedua vaksin.

Katanya, ujian protein nukleokapsid menunjukkan keputusan negatif atau tidak reaktif, yang bermaksud, tiada antibodi dikesan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker