Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin
Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin
Terpulanglah…kalau nak ‘tenggelam’ bersama Muhyiddin-PN, Khaled beritahu Ahli Parlimen Umno, BN
Naib Presiden Umno Khaled Nordin mahukan Ahli Parlimen daripada parti itu dan komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan segera sama ada mahu menyokong lagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
“Muhyiddin sudah tiada majoriti. Tempoh kerajaan PN sudah tamat. Ke mana lagi Ahli-ahli Parlimen ini mahu pergi?” katanya kepada FMT.
Beliau merujuk kepada Ahli Parlimen BN sebelum ini yang masih mahu bersama Muhyiddin meskipun Umno menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai perdana menteri.
Hari ini, Majlis Kerja Tertinggi Umno mengambil langkah seterusnya dengan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah menghantar surat akuan “mencukupi angka” kepada Agong daripada Ahli Parlimen Umno selaras keputusan itu, menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.
Khaled berkata, dua parti komponen tradisi BN iaitu MCA dan MIC yang dilihat menyokong Muhyiddin sebelum ini “cukup bijak untuk membuat keputusan sendiri,” dengan mengambil kira perkembangan terbaharu.
“Terpulanglah kepada mereka mahu tenggelam atau timbul dengan siapa,” katanya.
Usaha FMT menghubungi pemimpin MCA, MIC dan PBRS susulan pengumuman Umno menarik sokongan terhadap kerajaan PN tidak berjaya.
Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata ahli Umno yang masih memegang jawatan menteri atau timbalan menteri mesti memilih sama ada mematuhi keputusan parti atau “berhijrah” ke Bersatu pimpinan Muhyiddin.
Namun, beliau memberi amaran pengaruh Bersatu masih lemah dalam kalangan akar umbi Melayu, Ahli Parlimen Umno yang lompat ke parti itu berisiko mengorbankan masa depan politik mereka.
“Bagi jangka pendek mereka mungkin dapat terus memegang jawatan dan kementerian mereka, tetapi untuk berapa lama? Pengaruh Umno amat terserlah dengan masyarakat Melayu.
“Melihat dari sudut jangka panjang, masa depan politik mereka lebih kukuh sekiranya setia dengan Umno. Tanpa kekuatan yang diperlukan, Bersatu berkemungkinan luput saja kelak,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, pakar sains politik Wong Chin Huat berkata, nasib Ahli Parlimen dan rakan BN mereka banyak bergantung kepada sama ada kerajaan baharu dapat dibentuk secepat mungkin, selain komposisinya.
Katanya, jika pentadbiran baharu seiras PN pada peringkat tertinggi, Ahli Parlimen BN yang pro-Muhyiddin akan “berjaya bertahan tanpa membayar harga tinggi,” dengan memberi sebagai contoh pertukaran kerajaan negeri Perak, hujung tahun lalu.
“Bagaimanapun, jika Muhyiddin melawan dan kerajaan baharu dibentuk merangkumi Umno serta pembangkang (dan kemungkinan juga GPS), maka mereka yang setia kepada Muhyiddin mungkin terlingkup,” kata beliau. FMT
Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda Pas jangan lebih sudu dari kuah
- TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur
- Nazri kata surat akuan MP BN sahih, dalam ‘simpanan TPM’
- Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
- Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan
- Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer
Layari Laman Facebook MYKMU