Ismail Sabri, Tuan Ibrahim di rumah Muhyiddin

Sebaran :

Ismail Sabri, Tuan Ibrahim di rumah Muhyiddin

Ismail Sabri, Tuan Ibrahim antara pemimpin bermesyuarat di rumah Muhyiddin ketika ini

Beberapa pemimpin termasuk Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, malam ini.

Selain Ismail yang juga Naib Presiden Umno, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee juga tiba di kediaman Muhyidin sekitar jam 8.40 malam.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, S A Vigneswaran pula tiba sekitar jam 8.50 malam.

Peguam Negara Idrus Harun tiba lebih awal sebelum itu, iaitu sekitar jam 8.20 malam.

Terdahulu, Umno mengumum menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat selepas keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Selaras dengan keputusan Umno itu, Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Keputusan Umno itu, menurut Zahid, menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Olimpik : Hoy raih pingat pada usia 62 tahun

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Sebaran :

Leave a Reply