Menteri, Peguam negara, pemimpin kanan Bersatu kini di rumah Muhyiddin

Sebaran :

Menteri, Peguam negara, pemimpin kanan Bersatu tiba di rumah Muhyiddin. Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8.20 malam tadi.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Nasib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Perkembangan tersebut susulan desakan UMNO supaya Muhyiddin meletak jawatan dengan alasan kerajaan pimpinan beliau mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lalu.

Desakan itu dibuat selepas Majlis Tertinggi UMNO selesai mengadakan mesyuarat secara maya dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Ekoran daripada itu, parti tersebut sudah menghantar akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menunjukkan bahawa mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Ahmad Zahid menyifatkan bahawa keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri juga sudah terbatal.

Dalam pada itu, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai jemaah menteri Perikatan Nasional (PN).

Menteri, Peguam negara, pemimpin kanan Bersatu tiba di rumah Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pas masih bersama kerajaan Perak


Sebaran :

Leave a Reply