Pemimpin PAS saling bercanggah isu strategi PRU15 – Umno Kedah

Pemimpin PAS saling bercanggah isu strategi PRU15 – Umno Kedah

Seorang pemimpin Umno Kedah mendakwa PAS keliru dengan strategi parti mereka sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Menurut Ketua Komunikasi BN Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin, pemimpin PAS gagal untuk memutuskan bilangan kerusi yang mereka mahu tandingi dalam pilihan raya.



“Ketua pengarah pilihan raya PAS (Muhammad Sanusi Md Nor) begitu yakin mengumumkan mereka akan bertanding 80 kerusi Parlimen dalam PRU ke-15, sedangkan timbalan presiden PAS (Tuan Ibrahim Tuan Man) menyatakan bukanlah 80 kerusi yang akan ditandingi sebaliknya itu hanya dalam pemantauan, jelas memaparkan betapa celarunya mereka.

“Daripada seorang menteri besar PAS menjaga negeri dengan seorang menteri PAS menjaga pentadbiran pusat yang saling bercanggah.

“Ini secara tidak langsung memberi petanda bahawa sehingga kini masih tidak ada kesepaduan antara kepimpinan tertinggi parti. Mungkin penyakit ‘gila kuasa’ mereka sudah tidak dapat dirawat lagi,” katanya dalam kenyataan media, semalam, merujuk kepada Sanusi yang juga menteri besar Kedah dan Tuan Ibrahim merupakan menteri alam sekitar dan air.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Sanusi berkata, PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam PRU ke-15.



Katanya, daripada jumlah itu jawatankuasa pilihan raya PAS sedang menganalisis kawasan yang mencapai KPI untuk berada dalam senarai 80 kawasan PAS akan tanding.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim kemudiannya dilaporkan berkata perkara itu belum dimuktamadkan.

Sementara itu Shaiful berkata, Sanusi juga hanya berangan bahawa PAS akan menang 40 kerusi parlimen iaitu 50 peratus daripada keseluruhan kerusi yang mungkin ditandingi.

Malah dia juga mendakwa bahawa statistik menunjukkan calon PAS kehilangan jumlah deposit pilihan raya tertinggi – di 50 kerusi parlimen, dan 96 kerusi DUN, membabitkan jumlah RM1.34 juta.



“Sedangkan jika dianalisis mereka hanya mampu menang 18 kerusi daripada 158 kerusi Parlimen yang ditandingi parti tersebut dalam PRU lepas.

“Adakah mereka tidak belajar dari kesilapan lalu? Saya lihat PAS sudah mula tampak ‘kaki ularnya’. Jika PRU terdahulu mereka bertanding secara bersendirian, apa sahaja keputusan boleh mereka ambil tanpa mengambil kira strategi politik dengan gabungan politik lain. Kini kata putus bersama PN turut perlu difikirkan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Saya lihat PAS masih dalam dilema, ke pihak mana yang akan lebih menguntungkan mereka. Parti yang bersifat lalang ini semestinya akan mengikut angin semasa. Mana yang lebih kuat membawa manfaat, itulah yang dikejar mereka,” katanya. Mk

Pemimpin PAS saling bercanggah isu strategi PRU15 – Umno Kedah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker