Suami bakal cacat kekal, Ashira hanya mampu berdoa
Suami bakal cacat kekal, Ashira hanya mampu berdoa
Penyanyi, Ashira Aziz hanya mampu berdoa agar suaminya juga penyanyi, Bad Indigo diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan kesihatan.
Ia susulan Bad memaklumkan perlu membuang ibu jari kaki kirinya selepas empat jari kaki sama dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi.
“Saya pun dah tak tahu apa yang saya rasa sekarang. Saya hanya mampu berdoa semoga dia terus diberikan kesembuhan,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ashira yang kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 meluahkan rasa syukur apabila anak dan anak saudaranya yang tinggal serumah dengannya disahkan negatif selepas menjalani ujian calitan.
“Alhamdulillah, kedua-dua mereka negatif. Jadi, sekarang mereka kuarantin macam biasa di dalam rumah, cumanya tak boleh berjumpa dengan saya. Dalam masa 10 hingga 14 hari lagi, mereka akan menjalani ujian calitan kedua,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kaki kiri Bad bakal kudung sekali gus cacat kekal dan sudah memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semalam, Ashira berkongsi mengenai dirinya yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan kerana mengalami masalah pernafasan. HM
Suami bakal cacat kekal, Ashira hanya mampu berdoa
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.