Muhyiddin lemah tetapi mendesak letak jawatan dikala pandemik rugikan rakyat

Muhyiddin lemah tetapi mendesak letak jawatan dikala pandemik rugikan rakyat. Permainan politik ketika ini hanya memburukkan lagi keadaan kerana hakikatnya tiada siapa yang lebih bagus, baik kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN).

Tidak dinafikan, kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya lemah, namun melalui pengalaman pemerintahan sebelum ini, kerajaan PH telah menjadikan negara lebih huru hara dan tunggang langgang.

Atas dasar itu, desakan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan Perdana Menteri tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat, terutama dalam tempoh negara masih bergelut memerangi lonjakan kes jangkitan COVID-19.



Malah, usul undi tidak percaya pembangkang terhadap Muhyiddin juga tidak akan menumbangkan PN ketika ini, kerana ketua pembangkang sendiri tidak mempunyai cukup sokongan, kata pemerhati politik, Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim. 

Bercakap kepada Ismaweb.net hari ini, beliau melihat kerajaan PN masih perlu bertanggungjawab dengan kemelut yang berlaku ketika ini, termasuk menjernihkan semula hubungan kerajaan dan istana.

“Jadi, saya minta semua pihak mengambil jalan damai dan menyelesaikan isu dengan matang dan segera. 

“Hakikatnya negara sedang tenat dengan pelbagai isu serius dan ia memerlukan muafakat dan memilih jalan yang waras.



“Yang terbaik pada fasa ini ialah mencari jalan penyelesaian tuntas bersama bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh negara,” katanya.

Usaha menuntut PM meletak jawatan bertitik tolak daripada pelbagai punca termasuk langkah menangani pandemik COVID-19 oleh kerajaan termasuk yang terbaharu kekeliruan dalam pembatalan Ordinan Darurat yang membabitkan pihak kerajaan dan istana.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen, selepas kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, pembatalan semua ordinan darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.



Menurut baginda, semasa majlis menghadap secara maya pada Sabtu (24 Julai), baginda berkenan menitahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang dan dibahas di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, namun ia tidak dilaksanakan.

Muhyiddin lemah tetapi mendesak letak jawatan dikala pandemik rugikan rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker