RM200,000 Setiap Sorang Itu Bukan Saman – Syura Badron

Sebaran :

RM200,000 Setiap Sorang Itu Bukan Saman – Syura Badron

Tampil menjelaskan kekeliruan, penyanyi Syura Badron menegaskan bayaran RM200,000 seperti yang dituntut Siti Nordiana terhadap dirinya dan empat penama lain bukanlah saman seperti yang difahami umum.

Menerusi InstaStory, Syura memberitahu jumlah RM200,000 yang dituntut penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu sebaliknya satu bentuk pembayaran walaupun permintaan maaf telah dilakukan.

“Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf.

“Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua,” tulisnya.

Terdahulu, Nana meminta lima individu termasuk penyanyi Lan Solo, Syura, isteri kepada Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Sam ketika menjawab kekeliruan berhubung bayaran tersebut menjelaskan, jumlah RM200,000 sebagaimana dituntut Nana merupakan satu bentuk ganti rugi atas kerosakan reputasinya dan kerugiannya sebagai artis.

“Bayaran RM200,000 setiap seorg itu ganti rugi merosakkan reputasi serta kerugian sebagai seorang artis. Lebih kurang begitulah,” kata Sam kepada Kosmo! Online.

Notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Dalam pada itu, Nana dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan tegas terhadap kelima-lima individu itu terpaksa diambil selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada lima individu terbabit selewat-lewatnya esok (2 Ogos). – K! ONLINE

RM200,000 Setiap Sorang Itu Bukan Saman – Syura Badron


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil


Sebaran :

Leave a Reply