Varian Delta mengganas di China

Pemeriksaan dilakukan di makmal sementara yang digunakan untuk melakukan ujian Covid-19 di Nanjing, baru-baru ini.
Varian Delta mengganas di China. Pemeriksaan dilakukan di makmal sementara yang digunakan untuk melakukan ujian Covid-19 di Nanjing, baru-baru ini.
BEIJING – China kini terpaksa bertungkus lumus menghadapi peningkatan kes penularan Covid-19 yang disebabkan oleh varian Delta dari India selepas ia juga mencipta sejarah sebelum ini pada hujung tahun 2019 mencetuskan pandemik itu di Wuhan.Ratusan ribu orang di negara itu terpaksa menjalani perintah lockdown pada Jumaat lalu ketika China dilihat berjuang secara serius menangani pandemik tersebut dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Tindakan itu dilakukan ketika negara jiran iaitu Jepun melanjutkan lagi tempoh perintah darurat susulan kes Covid-19 semakin meningkat semasa ia menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut anggaran, kes Covid-19 meningkat sebanyak 10 peratus sejak minggu lalu, berdasarkan kepada pengiraan AFP.

Ia berpunca oleh varisan Delta selepas berlaku peningkatan perlahan antara bulan April dan pertengahan Jun lalu.

Ketika Vietnam dan Jepun merekodkan 51 peningkatan dalam kes harian, negara Barat turut menyaksikan peningkatan kes dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada menunjukkan pertambahan kes dengan lebih 57 peratus jangkitan Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran bahawa bahawa varian Delta yang pertama kali dikesan di India mungkin menular di kawasan zon berisiko tinggi bermula dari Maghribi sehingga ke Pakistan yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah.

Masalah peningkatan kes Covid-19 di China bermula dengan kluster jangkitan di bandar raya Nanjing dan ia mempunyai kaitan dengan pekerja-pekerja lapangan terbang yang membersihkan sebuah pesawat baharu Rusia pada awal bulan ini.

Pesawat itu pula telah tiba di Beijing dan lima wilayah lain pada Jumaat lalu.

Ratusan ribu orang pula menjalami perintah lockdown di wilayah Jiangsu yang mana Nanjing ialah ibu negerinya manakala 41,000 orang lagi dikehendaki berada di rumah atas arahan pihak berkuasa daerah Changping, Beijing.

Bandar raya Nanjing juga telah menggantung semua penerbangan selepas sejumlah kakitangan lapangan terbang disahkan positif Covid-19.

Kes itu kemudian cepat merebak disebabkan varian Delta ke 15 buah bandar raya China.

Walaupun kes masih melibatkan beberapa ribu kes tetapi berlaku kebimbangan yang besar mengenai kecepatan kejangkitannya di beberapa wilayah.

Kes itu juga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai di Beijing selepas ia mencatatkan kes terakhir lebih 175 hari lalu.

Pemerintah tempatan di bandar raya yang dihuni oleh kira-kira 22 juta penduduk dan menempatkan kediaman Presiden China, Xi Jinping sebelum ini meraikan ulang tahan ke-100 Parti Komunis China yang diadakan pada 1 Julai lalu.

Dalam pada itu, bagi menghalang penularan varian Delta itu, pihak berkuasa Nanjing telah mengarahkan semua pusat pelancongan dan kebudayaan tidak dibuka pada Sabtu berikutan kenaikan mendadak kes Covid-19.

Difahamkan semua penduduk berjumlah 9.2 juta penduduk di Nanjing juga telah menjalani ujian pengesahan jangkitan Covid-19 sebanyak dua kali.

Sementara itu, Jepun yang menyaksikan kes jangkitan dan kematian yang rendah akibat Covid-19 berada pada tahap membimbangkan selepas ia kembali meningkat dan merekodkan 10,000 kes pada Khamis lalu.

Tokyo yang menjadi lokasi Sukan Olimpik selepas ditangguhkan sebelum ini menyaksikan penambahan kes Covid-19 walaupun ia berada di bawah perintah darurat manakala hospital pula berada dalam keadaan tekanan menerima pesakit yang banyak.

Pihak penganjur Olimpik melaporkan 27 kes jangkitan baharu Covid-19 pada sukan itu pada Jumaat lalu tetapi peraturan ketat dilakukan seperti ketiadaan penonton semasa acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh pakar bahawa mengadakan Sukan Olimpik ketika pandemik akan membawa kepada mesej yang mengelirukan kepada orang awam tentang aktiviti kehidupan yang perlu dihadkan semasa pandemik.

Sehingga kini, varian Delta boleh dianggap memberi amaran kepada dunia bahawa ia boleh bermutasi dan akan menjadi lebih berbahaya kepada manusia pada masa depan.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, empat varian yang telah muncul ini akan terus merebak kepada masyarakat seluruh dunia.

Menyedari bahaya yang bakal menanti disebabkan oleh penularan varian Delta yang kini semakin ditakuti di dunia, pastinya semua negara-negara perlu melaksanakan langkah bagi membendung penularannya dalam kalangan penduduk masing-masing.

Ini adalah kerana varian Delta merupakan virus Covid-19 yang sedang mengganas di dunia.

Varian Delta mengganas di China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Di mana derhakanya kerajaan, tanya Annuar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker