Pesta seks dan dadah di banglo

Pesta seks dan dadah di banglo

GEORGETOWN: Gara-gara kemaruk seks dan ketagih dadah, sepasang kekasih antara 20 individu ditahan di sebuah inap desa di Taman Starhill, Bukit Gambir di sini awal pagi tadi.

Mereka 13 lelaki dan tujuh wanita berusia 17 hingga 25 tahun diberkas polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) kira-kira pukul 12.30 malam tadi.



Ketika serbuan, semua lelaki dan wanita tempatan yang bekerja sebagai operator kilang, penghantar makanan dan pembantu kedai berada di ruang tamu rumah banglo tiga tingkat tersebut.

Sumber berkata, individu terbabit dikatakan sanggup merentas daerah iaitu datang dari kawasan Balik Pulau dan Bayan Lepas semata-mata mahu melepaskan gian dadah bersama rakan termasuk kemaruk seks dengan pasangan kekasih.

Menurutnya, semasa pemeriksaan turut ditemukan ialah bungkusan dadah dipercayai jenis syabu dan kondom di ruang tamu dan set karaoke.

“Mereka terkedu melihat kehadiran anggota polis dan tidak sempat melarikan diri disebabkan kawasan kediaman banglo dikepung.



“Siasatan mendapati mereka menyewa inap desa itu pada harga RM800 untuk satu malam iaitu dari pukul 3 petang semalam hingga hari ini. Mereka berkongsi duit sebanyak RM70 seorang.

“Hasil soal siasat ke atas beberapa pasangan kekasih mendapati mereka datang ke situ untuk berhibur kerana sudah lama tidak bertemu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jelas sumber itu, kesemua mereka yang didapati positif dadah kini ditahan reman selama empat hari sehingga 4 Ogos ini.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)Akta Dadah Berbahaya 1952.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahkan tangkapan tersebut. UTUSAN

Pesta seks dan dadah di banglo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker