Amylea Kibar ‘Bendera Putih’, Kami Buntu Dan Rayu Derma Kilat Untuk Rawatan Bapa

Amylea Kibar ‘Bendera Putih’, Kami Buntu Dan Rayu Derma Kilat Untuk Rawatan Bapa

Menolak statusnya sebagai seorang selebriti, penyanyi Amylea akhirnya terpaksa merayu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan derma kilat bagi tujuan pembiayaan kos rawatan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghidap penyakit jantung.

Kata Amylea, dia terpaksa menepis rasa malu meminta bantuan kewangan daripada orang ramai demi untuk melihat bapanya sembuh seperti sediakala.

“Saya betul-betul terdesak. Bukan sebab tidak mahu hantar ayah ke hospital kerajaan, tapi sebab hospital kerajaan sudah penuh dengan pesakit Covid-19. Jadi ayah terpaksa dimasukkan ke hospital swasta.

“Ketika pandemik, saya dan adik-beradik yang lain tidak dapat keluar bekerja. Bapa saya pula tiada insurans,” katanya.

Ujar pelantun lagu Kendati itu lagi, dia bersyukur kerana menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak yang tampil menghulurkan pertolongan kepadanya.

Kata pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, bapanya kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang semalam (Jumaat).

“Kami sekeluarga buntu selepas dua hospital kerajaan iaitu Hospital Ampang dan Hospital Serdang menolak untuk menerima pesakit selain daripada pesakit Covid-19

“Memang sebelum ini ayah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi mereka akhirnya terpaksa menolak untuk melakukan rawatan ke atas bapa nak menyarankan kami supaya menghantarnya ke hospital swasta,” ujarnya.

Terdahulu, Amylea terpaksa mengambil pendekatan memohon sumbangan derma kilat menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Amylea berkata dia memerlukan bantuan untuk membayar deposit rawatan bapanya di IJN selepas semua hospital kerajaan menolak pesakit lain susulan peningkatan kes Covid-19.

“Adik ipar saya yang sebarkan mesej bantuan derma kilat itu menerusi WhatsApp kumpulan kejiranan kami. Daripada situ kami dapat mengumpul sebanyak RM3,000 yang digunakan untuk membayar deposit di IJN.

“Saya juga terima banyak mesej dalam Instagram (DM) daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut sama memberikan sumbangan. Terima kasih pada semua,” ujarnya.

Ujar penyanyi itu lagi, walaupun dia tidak dapat melawat bapanya, dia tetap boleh berkomunikasi dengan lelaki itu menerusi panggilan video.

“Kalau tidak larat, dia akan meminta bantuan jururawat untuk menghubungi kami,” jelasnya.

Kempen ‘bendera putih’ yang tular sejak bulan lalu merupakan kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk ‘bersuara’ jika ingin meminta bantuan atau sumbangan selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Untuk rekod, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pernah dikritik kerana mempertikaikan kempen bendera putih kerana berpendapat terdapat golongan yang malas untuk berusaha untuk mengubah taraf ekonomi sendiri.- K! ONLINE

Amylea Kibar ‘Bendera Putih’, Kami Buntu Dan Rayu Derma Kilat Untuk Rawatan Bapa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker