Ismail Sabri sahkan 40 Ahli Parlimen BN sokong Kerajaan PN adalah benar

Ismail Sabri sahkan 40 Ahli Parlimen BN sokong Kerajaan PN adalah benar. Kenyataan dikeluarkan pada 29 Julai lalu yang menyatakan seramai 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN pada hari berkenaan.

“Berita itu sah, memang 40 Ahli Parlimen BN memberikan sokongan kepada kerajaan PN.

“Cuma persoalan yang dibangkitkan pada hari berkenaan mengapa kami dalam kalangan Ahli Parlimen BN menggunakan kepala surat BN.

“Kami berpandangan, kami Ahli Parlimen BN, takkan hendak guna kepala surat Pas, mestilah kita guna kepala surat BN sebab kita merupakan ahli Parlimen yang mewakili BN,” katanya kepada pemberita selepas program penyampaian bakul makanan di Kampung Charuk Puting di sini hari ini.

Khamis lalu, Ibu Pejabat BN menafikan kewujudan satu surat yang menggunakan logo dan alamat seperti tersebar dan tular pada hari berkenaan.

Krisis PN-Istana Negara cederakan PAS

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Shafri Ab. Aziz memaklumkan, sebarang kenyataan hanya dikeluarkan melalui melalui Pengerusi atau Setiausaha Agung parti.

Terdahulu, tular satu kenyataan menggunakan logo BN yang didakwa memetik kenyataan Ismail Sabri.

Kenyataan itu memaklumkan semua Ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut merupakan hasil perjumpaan yang dipengerusikan Ismal Sabri bersama seramai 40 Ahli Parlimen BN.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pun membenarkan ahli Parlimen menggunakan budi bicara sendiri untuk menentukan sokongan masing-masing.

“Soal tarik sokongan tidak timbul, ahli Parlimen (BN) berpandangan kalau kita dibenarkan memberi sokongan kepada kerajaan (PN), kita tidak boleh ambil tindakan meruntuhkan kerajaan dengan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Ismail Sabri sahkan 40 Ahli Parlimen BN sokong Kerajaan PN adalah benar

Kerajaan interim boleh pulih ketegangan jika PM hilang majoriti

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker