Resepi Bubur Candil Pelangi Warna Warni

Resepi Bubur Candil Pelangi Warna Warni

Bubur Candil Pelangi juga dikenali dengan nama Bubur Tepung Pulut. Di dalam bubur ini, terdapat butir berwarna warni yang dibuat daripada tepung pulut, dan digentel menjadi bulatan. Ianya amat enak dan rasanya berlemak, digabungkan pula dengan manis bubur itu, pastinya menjadikan juadah ini sebuah hidangan yang amat lazat dan digemari ramai.

Bubur candil pelangi juga mempunyai warna yang amat cantik. Namun begitu, warnanya boleh diolah sendiri oleh anda mengikut kreativiti masing – masing. Selain itu, oleh kerana bentuk candil yang bulat dan licin, para ibu bapa harus berhati – hati jika menghidangkan juadah ini kepada anak – anak ya!



Cara pembuatan bubur candil ini sebenarnya amat mudah dan bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Nur Lyanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Bahan – bahan:

Bahan A:

3 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Sedikit garam



Bahan B:

1 kotak santan Kara
2 / 3 helai daun pandan
1 cawan sagu biji (basuh dan ramas sedikit)
1 ketul gula melaka
Gula putih secukupnya

Cara – cara memasak:

Ulikan tepung pulut bersama sedikit garam dan air sehingga lembut dan tidak melekat ditangan.



Bahagikan beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.

Bulatkan mengikut saiz yang anda gemari dan rebus sehingga timbul.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk.

Di dalam periuk lain, panaskan santan.



Masukkan dua helai daun pandan.

Masukkan gula melaka dan gula putih.

Tambahkan air dan kacau. Apabila nampak mendidih, masukkan biji tepung pulut dan biji sagu.

Kacau sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
Siap!



Nota: Bubur ini sesuai dimakan panas panas. Jika ingin makan sejuk, sesuai juga dihidangkan bersama 2 ke 3 ketul kiub ais.

Resepi Bubur Candil Pelangi Warna Warni


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Resepi Sambal Jowo Hitam Paling Best

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker