Resepi Sambal Jowo Hitam Paling Best

Resepi Sambal Jowo Hitam Paling Best

Jom cuba resepi sambal Jowo ini. Sambal Jawa, merupakan salah satu hidangan orang Jawa yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum mahupun agama.

Selalunya, sambal jawa ini dihidangkan di dalam nasi ambeng. Ianya juga sering dihidangkan pada majlis perkahwinan dan majlis keraian yang lain. Sambal jawa juga merupakan hidangan yang lengkap dengan sayur, karbohidrat serta protein dan masih lagi mengekalkan rasa yang lazat.

Bahan – bahan yang terdapat di dalam sambal jawa termasuklah tempe, tauhu dan kentang menjadikan sambal jawa ini lebih mengenyangkan. Ianya juga sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan umur kerana rasanya tidak begitu pedas. Selain itu, sambal jawa juga mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk disediakan oleh para amatur yang masih lagi baru dalam dunia masakan.

Resepi sambal jawa yang menarik ini telah dikongsikan oleh Anash Iffiq dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Jom kita lihat!

Bahan:

Bahan ditumbuk:

Bawang kecil
Bawang putih
Ikan bilis

Bahan Goreng:

Tempe
Tauhu
Kentang
Kacang panjang hiris
Cili Kisar
Lada besar dihiris
Suhun / Fucuk (Direndam)

Cara – cara memasak:

Tumis bahan yang ditumbuk, masukkan lada kisar.

Apabila sudah naik bau, tambahkan garam, gula dan kicap.

Masukkan bahan yang telah digoreng.

Tambahkan suhun dan fucuk yang telah direndam.

Kacau rata dan letakkan kacang dan lada.
Siap!

Resepi oleh Anash Iffiq

Resepi Sambal Jowo Hitam Paling Best


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Likat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker