Sejak April lebih 36,000 pekerja kilang di Thailand dijangkiti COVID-19

Sejak April lebih 36,000 pekerja kilang di Thailand dijangkiti COVID-19

BANGKOK: Lebih 36,000 pekerja kilang di 49 wilayah di Thailand disahkan positif COVID-19 sejak gelombang penularan terbaharu pada April tahun ini, menurut data Kementerian Perindustrian.

Berdasarkan data tersebut, sejumlah 36,861 pekerja di 518 kilang disahkan positif, pada Khamis.

Industri paling teruk terjejas termasuk pemprosesan makanan (99 kilang), elektronik (74 kilang), pakaian (47 kilang), logam (42 kilang) dan plastik (36 kilang).
Thai PBS melaporkan Phetchaburi mendahului senarai, dengan 4,464 kes dilaporkan melibatkan pekerja kilang.

Wilayah lain ialah Phetchabun (3,487), Prachuap Khiri Khan (2,538), Samut Sakhon (2,496) dan Songkhla (2,209 kes).

Sementara itu, Thailand hari ini menerima kumpulan pertama 1.5 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 sumbangan Amerika Syarikat (AS).

Memetik kenyataan Kedutaan AS di Thailand, objektif sumbangan itu adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa kerana ‘kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat’.

“Kami gembira mendengar Kerajaan Thailand komited untuk mengedarkan vaksin ini secara adil kepada semua rakyat dan mengutamakan mereka yang paling berisiko,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS, Michael Heath berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada janji Presiden Joe Biden untuk membantu rakan, rakan kongsi dan sekutu AS dalam memerangi pandemik global ini.

“Sumbangan vaksin ini bukti persahabatan kita. Kami bersama-sama dengan anda, ” katanya.

Kerajaan AS akan menghantar satu juta lagi dos vaksin COVID-19.

Menurut timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata, vaksin yang disumbangkan AS akan digunakan sebagai suntikan booster untuk petugas perubatan barisan hadapan serta kumpulan berisiko tinggi dan golongan yang mudah dijangkiti penyakit.

Thailand juga akan menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca disumbangkan United Kingdom, yang dijadualkan tiba bulan depan.

Sementara itu, Thailand mencatat 17,345 kes baharu COVID-19 dan 117 kematian, dalam tempoh 24 jam, menambah jangkitan keseluruhan kepada 549,512 dan 4,679 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata kes baharu itu melibatkan 17,337 jangkitan tempatan dan lapan kes import. Angka itu termasuk 681 banduan.

Beliau berkata kematian baharu membabitkan 62 lelaki dan 55 wanita berusia antara 33 hingga 92 tahun termasuk lima warga Myanmar.

“Jumlah pesakit di hospital di seluruh negara hampir mencecah 200,000. Sehingga kini, sejumlah 192,526 pesakit masih berada di hospital dan hospital medan termasuk 4,595 dalam keadaan kritikal dan 1,012 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

Sejak April lebih 36,000 pekerja kilang di Thailand dijangkiti COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Suri rumah tertipu beli kucing Munchkin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker