Pemerhati politik kata MIC hanya menang dikawasan majoriti Melayu

Pemerhati politik kata MIC hanya menang dikawasan majoriti Melayu. MIC perlu sedar kekuatan parti sebelum menaruh keyakinan diberi peluang pucuk kepemimpinan BN untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bahkan, parti itu harus menyedari hakikat bahawa sebelum ini banyak bergantung kepada pengundi Melayu untuk memenangi PRU sama ada di Parlimen mahupun DUN.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir mendakwa, MIC lebih selesa untuk bertanding kawasan majoriti Melayu kerana mahu menang secara mudah.

MIC juga dakwanya, terlalu mengharapkan pengaruh BN bagi menyelamatkan kedudukan mereka, lebih-lebih lagi apabila parti itu tidak lagi mendapat sokongan sepenuhnya daripada kaum India.

Buktinya, penolakan kaum India terhadap MIC sudah jelas dalam pilihan raya yang lepas, justeru tidak pelik dikatakan MIC bukan lagi mewakili kaum India.

“Oleh itu, untuk menyelamatkan talian hayat MIC hanya melalui BN apabila calon-calon MIC diberi kawasan majoriti Melayu yang setia dengan BN.

“Cabaran untuk MIC memenangi kawasan majoriti Melayu mungkin agak mudah bila beberapa parti Melayu telah ada pemuafakatan sama ada dalam BN yang melibatkan UMNO, atau PN yang melibatkan PAS dan Bersatu.

GPS tegaskan sokong sistem Raja Berperlembagaan

“MIC menumpang tuah dalam kedua-dua keadaan iaitu dalam BN dan PN,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net.

Pada perkembangan sama, Ustaz Sharipudin yakin bahawa bagi masyarakat India kewujudan MIC tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada bangsa mereka.

Cuma pemimpin MIC saja bercita-cita besar menumpang sokongan pengundi Melayu, dakwanya.

“Parti-parti Melayu bersama MIC pula amat lemah untuk menjaga hak bangsa Melayu kononnya atas alasan pemuafakatan pemimpin parti Melayu memberi kawasan majoriti Melayu kepada calon dari bangsa lain.

“Mereka rela gadai hak pengundi Melayu,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarrajh mendakwa, pihaknya yakin kepimpinan BN akan memberikan parti itu peluang untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN pada PRU15.

Malah, Sivarrajh turut yakin MIC berpeluang diberikan beberapa lagi kerusi tambahan yang didakwanya berpotensi menang berdasarkan tahap sokongan dan demografi penduduk di kawasan terbabit.

Pemerhati politik kata MIC hanya menang dikawasan majoriti Melayu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi gesaan gesa Muhyiddin, Azhar dan Idrus letak jawatan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker