Muhyiddin perlu amal sikap berjiwa besar

Muhyiddin perlu amal sikap berjiwa besar.  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengamalkan sikap berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai tanda memikul tanggungjawab atas kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malah, beliau juga digesa berbuat demikian bagi membenarkan pemimpin yang dikatakan lebih berkaliber dan berwibawa untuk memandu negara keluar daripada pelbagai krisis yang dihadapi sekarang.

Gesaan itu dinyatakan Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif yang menjelaskan, kepemimpinan negara sepatutnya mengutamakan penyelesaian masalah Covid-19 semakin meningkat setiap hari.

“Perdana Menteri perlu berjiwa besar selaku pemimpin yang beriman dan bertakwa. Peletakkan jawatan ini bagi memberi laluan pemimpin yang lebih berkaliber dan berwibawa mengambil alih tampuk kepimpinan negara bagi menyelesaikan masalah penularan wabak Covid-19, ekonomi dan kebajikan rakyat serta ketidakstabilan politik hari ini.

“Kegagalan meletakkan jawatan akan terus menaikkan amarah rakyat yang telah merasakan diri dikhianati dan dibohongi sepanjang tempoh Mesyuarat Khas Penggal Parlimen Ke-14 yang berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kenyataan daripada Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka menzahirkan rasa sangat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang di dalam Rukun Negara.

Kewajipan kerajaan adalah patuh titah Yang di-Pertuan Agong

Malah, kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat enggan enggan menjawab pertanyaan yang disuarakan berulang kali oleh ahli Parlimen sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan terhadap pembatalan Ordinan-ordinan Darurat yang diwartakan tahun ini.

Dalam pada itu, Nasrul Ali Hasan turut menyuarakan rasa kecewa berikutan kenyataan Istana Negara yang memberitahu Seri Paduka amat dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen yang membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

“Wira Putra melihat dari segi moralnya, kemurkaan Seri Paduka dalam kenyataan Istana Negara menzahirkan maksud baginda amat kecewa dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin dan mula hilang kepercayaan apabila Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) serta Peguam Negara yang memanipulasi dan membuat keputusan melangkaui bidang kuasa baginda.

“Mengikuti perkembangan di Dewan Rakyat juga, kini ahli-ahli Parlimen amat tidak berpuas hati dengan kerajaan apabila tular Kenyataan Media ini yang disifatkan kerajaan telah melakukan perkara yang tidak berperlembagaan,” ujarnya.

Beliau menambah, sebelum ini Wira Putra membuat laporan polis mendakwa Muhyiddin dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menipu dan mengelirukan rakyat dan Parlimen dan menderhaka kepada Seri Paduka berhubung pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada 21 Julai lalu.

Muhyiddin perlu amal sikap berjiwa besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


40 Ahli Parlimen BN tetap kekal sokong Muhyiddin Yassin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker