40 Ahli Parlimen BN tetap kekal sokong Muhyiddin Yassin

Seramai 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN pada Khamis.

“Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan media.

“Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional juga akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung proklamasi darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen kerana perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Sebagai rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen yang terdiri 38 UMNO, dua daripada MCA, masing seorang MIC dan PBRS.

40 Ahli Parlimen BN tetap kekal sokong Muhyiddin Yassin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


BN Perak, Pahang gesa Muhyiddin, Takiyuddin, mohon ampun Agong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker