Olimpik Tokyo: Nur Dhabitah mara ke separuh akhir

Olimpik Tokyo: Nur Dhabitah mara ke separuh akhir . Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat.

Nur Dhabitah menamatkan saringan kelayakan itu di kedudukan ke-10 selepas mengumpul keseluruhan 291.60 mata sekali gus berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik yang layak ke separuh akhir.

Namun, nasib berbeza dialami seorang lagi wakil negara Wendy Ng Yan Yee yang menyudahkan saingan tersebut di kedudukan ke-20 dengan mata keseluruhan 251.95.

Peringkat kelayakan tersebut didominasi oleh wakil dari China yang juga penyandang pingat emas Rio 2016, iaitu Shi Tingmao dengan 350.45 mata, manakala Wang Han di kedudukan kedua dengan 347.25 mata disusuli penerjun Kanada, Jennifer Abel (332.40).

Aksi separuh akhir akan berlangsung pada Sabtu.

Olimpik Tokyo: Nur Dhabitah mara ke separuh akhir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biadap pada Agong, Tok Mat nasihat Ahli Parlimen UMNO jauhkanlah diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker