Biadap pada Agong, Tok Mat nasihat Ahli Parlimen UMNO jauhkanlah diri

Biadap pada Agong, Tok Mat nasihat Ahli Parlimen UMNO jauhkanlah diri. Ahli Parlimen Umno perlu menjauhkan diri daripada diheret ke dalam krisis antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Istana Negara, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Beliau dalam satu kenyataan beliau menegaskan bahawa kesetiaan kepada kerajaan PN tidak boleh mengatasi kesetiaan kepada Raja, negara dan parti.

“Kenyataan (Pejabat Perdana Menteri) tersebut telah menjuruskan Malaysia ke suatu krisis Perlembagaan yang serius. Sikap kerajaan jelas angkuh dan tiada kesusilaan terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada apa jua alasan dapat digunakan untuk mempertahankan kerajaan yang telah dilihat nyata ingkar, culas dan gagal dalam melaksanakan titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” kata Mohamad

Mohamad berkata, kerajaan jelas membelakangkan institusi Diraja dengan mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan serta tidak berlaku benar di Parlimen.

Tambahnya, jawapan balas kerajaan terhadap kenyataan Istana Negara malam tadi pula menyulitkan lagi keadaan sekali gus menjuruskan Malaysia ke suatu krisis Perlembagaan yang serius.

“Sikap kerajaan jelas angkuh dan tiada kesusilaan terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa “amat dukacita” dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Dalam kenyataan itu Fadil berkata, Agong menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Biadap pada Agong, Tok Mat nasihat Ahli Parlimen UMNO jauhkanlah diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu kata PM angkuh, perlu letak jawatan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker