Ismarizal didakwa pecah amanah, tipu, mencuri

Ismarizal didakwa pecah amanah, tipu, mencuri

Bekas setiausaha Bersatu Arau mengaku tak salah pecah amanah, tipu, mencuri

Bekas setiausaha Bersatu bahagian Arau dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas enam pertuduhan membabitkan kes pecah amanah, tipu dan mencuri sekitar 2019, 2020 dan tahun ini.

Bagaimanapun, tertuduh Ismarizal Abd Rahman, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menipu seorang wanita pada 11, 14, 19 dan 30 September 2019 di Arau dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu mendapatkan projek pembangunan daripada agensi kerajaan dengan pembayaran kepada satu penama untuk tujuan melobi.

Dia secara tidak jujur telah mendorong wanita itu menyerahkan wang masing-masing sebanyak RM800, RM2,500, RM5,100 dan RM1,000 pada keempat-empat pertemuan tersebut, menurut laporan Utusan Malaysia.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang satu tahun serta maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan denda.

Ismarizal turut didakwa mencuri seutas loket emas seberat 27.56g bernilai kira-kira RM6,232 milik wanita sama di sebuah kedai emas di Arau pada 6 Januari tahun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala dalam pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan pecah amanah dengan menjual 11,594 beg minyak masak bernilai RM34,782 yang diamanahkan kepadanya di Taman Desa Pauh, Arau antara 3 Mei hingga 13 Jun tahun ini.

Dakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Jodia Poh Yi Tying mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan kes akan disebut semula pada 3 September ini. FMT

Ismarizal didakwa pecah amanah, tipu, mencuri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker