Amy Search, Ella gegar KEPCI Music Fest 2023 Sabah

Amy Search, Ella gegar KEPCI Music Fest 2023 Sabah

PENAMPANG: KEPCI Music Fest 2023 meneruskan kemeriahannya menerusi penganjuran lokasi kedua di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), baru-baru ini.

Dihadiri 3,000 penonton, pentas utama diserikan dengan persembahan artis popular seperti Datuk Amy Search, Ella, Bunga, Masdo, Insomniacks, Dolla, Evelyn Feroza, K-Clique dan DJ Colonel.



Dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC, tirai konsert dibuka jam 7.30 malam dengan alunan muzik, DJ Colonel dan pembukaan oleh Evelyn Feroza menerusi lagu Edge of Glory, Gemilang (Original) dan I wanna Dance with Somebody nyanyian asal Whitney Houston.

Festival muzik terbesar itu kemudian diteruskan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi kecil molek, Bunga yang mendendangkan lagu hitnya seperti Intan Payung, Belai dan Sudah Kahwin.

Atmosfera konsert kian hangat ketika Dolla menampilkan tarian bertenaga melalui lagu Bad, Impikan dan Damelo.

Dianggotai Sabrina, Tabby, Angel dan Syasya, kumpulan sensasi mengetengahkan genre muzik pop dan R&B itu turut menerima hadiah pemberian peminat setia.



Memiliki penggemar tersendiri, Insomiacks seterusnya tampil menghiburkan penonton dengan lagu seperti Cerita Kita, Igauan Malam, Sempurna dan Pulang.

Kemunculan penyanyi rock tersohor, Amy Search pastinya dinantikan peminat.

Amy membuka tirai persembahan menerusi lagu berhantu, Isabella sekali gus membuatkan dewan bergema dengan sorakan dan nyanyian peminat.

Tampil dalam persalinan serba hitam, Amy terus membawa peminat larut dalam emosi dengan lagu Kerja Gila dan Tiada Lagi.



Amy sempat memaklumkan bakal muncul dengan konsert khas bersama Wings dan beberapa kumpulan lain di Stadium Likas pada Disember depan.

Mengakhiri persembahan menerusi lagu Pawana, suasana sedikit tidak terkawal apabila penyanyi berusia 65 tahun itu turun ke bawah pentas untuk mengajak peminat menyanyi bersamanya.

Selain Amy, penampilan Masdo antara persembahan dinantikan peminat sepanjang konsert yang berlangsung hampir tiga jam.

Tampil dengan gaya ala 1980-an, peminat bangun dan menari bersama mengiringi persembahan ketika menyanyikan lagu Janji Manismu.



Teruja bertemu peminat di Sabah, Masdo ketika berinteraksi menyatakan ini adalah persembahan kedua di negeri jolokan ‘Negeri di Bawah Bayu’ sepanjang lapan tahun bergelar anak seni.

Turut kelihatan, sebahagian peminat memakai pakaian ala 1980-an, Masdo mahu mereka terus menari ketika mendendangkan lagu Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.

Pentas KEPCI Music Fest 2023 semakin memuncak dengan penampilan, Ratu Rock, Ella.

Menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, ternyata keampuhan suara penyanyi legenda wanita kesayangan ramai itu masih berbisa dan memukau peminat.



Bakal mementaskan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 28 Oktober ini, Ella melengkapkan persembahannya menerusi lagu Nuri dan Kesal.

Dalam nada manja, Ella turut meminta peminat mendoakan supaya dirinya mampu menerbangkan konsert solo ke Sabah, tahun depan.

Tirai persembahan KEPCI Music Fest 2023 ditutup menerusi persembahan anak kelahiran Sabah, MK K-Clique menyanyikan lagu Haa Tepok dan Malam Pagi.

Lebih istimewa, peminat terima kejutan apabila MK tampil bersama K-Clique dengan mendendangkan lagu Sah Itu Sah, Pulang dan Mimpi. BH



Amy Search, Ella gegar KEPCI Music Fest 2023 Sabah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker