Jangan tanya kami, tanya Ebit – DMFK

Jangan tanya kami, tanya Ebit – DMFK

SYARIKAT milik Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menjelaskan pihak mereka tak terlibat dengan apa-apa kerja dilakukan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang diterajui Ustaz Ebit Lew.

Ketua Pegawai Eksekutif, DMFK Inspirations Sendirian Berhad, Mohd Shaifful Bahri Othman berkata, memang benar Ebit Lew merupakan rakan sekerjanya pada suatu masa iaitu kira-kira 11 tahun lalu.



Katanya, namun jika ada apa-apa persoalan berkaitan Ebit Lew termasuklah sama ada beliau mualaf atau bukan perlulah ditujukan terus kepada pendakwah berkenaan dan bukan kepada pihaknya.

“Sebarang persoalan sama ada berkaitan individu atau pertubuhan dipimpinnya, bertanyalah kepada tuan tubuh sendiri.

“Kami memohon sangat apa yang diuar-uarkan ini dapat menjawab pertanyaan serta keiinginan masyarakat.

“Google sahaja Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, insya-Allah akan dapat alamat dan nombor telefon. Bertanyalah di sana, bukan di sini (kami). Di sini tidak tahu apa-apa,” katanya menerusi satu rakaman video.



Video tersebut dimuatnaik di laman Facebook Dr. Mohd. Fadzilah.

Baca artikel berkaitan: Bukan khidmat syarikat Hala, Ebit Lew tampil sangkal dakwaan

Isu sumbangan Ebit Lew di Gaza kembali hangat, Nadir pula persoal ‘cara’ digunakan

Menurut Mohd Shaifful, mereka juga sudah lama tidak bersama-sama menjayakan program latihan bersama melainkan lebih sedekad lalu.



“Kami harap penjelasan yang kami berikan ini mampu membantu kalian mencari kebenaran yang diinginkan. Wallahualam,” jelasnya. Utv

Jangan tanya kami, tanya Ebit – DMFK


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker