Hilang ingatan selepas bangun tidur, tak kenal isteri dan anak

Hilang ingatan selepas bangun tidur, tak kenal isteri dan anak. Seorang lelaki berusia 37 tahun hilang ingatan secara tiba-tiba dan satu-satunya perkara yang dia ingat adalah dia masih berusia 16 tahun dan bersedia untuk pergi ke sekolah.

Pada Julai tahun lalu, Daniel Porter bangun tidur seperti biasa, namun, dia secara tiba-tiba tidak mengenali wanita yang tidur di sebelahnya sedangkan wanita itu adalah isterinya yang dikahwini sejak lebih 10 tahun lalu.

Selain itu, Porter juga tidak mengingati anaknya, sebaliknya menganggap dirinya masih remaja.

Isterinya, Ruth terpaksa menenangkan Porter yang kelihatan cemas dan terkejut dengan menerangkan dia adalah isterinya dan Porter adalah lelaki dewasa.

“Perkara itu berlaku secara tiba-tiba, suami saya tidak mengenali saya dan anak. Dia cuma ingat dia berusia 16 tahun dah perlu ke sekolah.

“Malah, Porter ingat dia diculik dan cuba cari jalan keluar dari rumah kami,” katanya.

Ruth kemudiannya membawa suaminya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan Porter mengalami Transient Global Amnesia yang menyebabkan dia hilang ingatan secara tiba-tiba.

Doktor memberi jaminan keadaan itu hanya bersifat sementara dan ingatan Porter akan pulih dalam tempoh 24 jam.

Namun, keadaan Porter tidak berubah dalam tempoh setahun, malah tahap ingatannya semakin merosot, selain personalitinya turut berubah.

Doktor tidak dapat mengenal pasti apa yang berlaku terhadap Porter, namun mengaitkannya dengan tekanan emosi akibat kehilangan kerja, terpaksa menjual rumah dan mengalami masalah tulang belakang.

Kini, Porter masih menjalani terapi, namun tidak dapat dipastikan dia akan pulih sepenuhnya atau tidak.

Hilang ingatan selepas bangun tidur, tak kenal isteri dan anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker