Peserta hartal doktor kontrak PKRC MAEPS disiasat hingga 3 pagi

Peserta hartal doktor kontrak PKRC MAEPS disiasat hingga 3 pagi

Seramai 12 doktor kontrak yang menyertai #HartalDoktorKontrak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pada 26 Julai lalu telah diambil keterangan oleh polis tengah malam tadi, kata seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia, Asheeq Ali.

Menerusi catatan di Twitter, beliau berkata siasatan bermula jam 11.45 malam dan berakhir empat jam selepas itu.

“Ini kerja gila, polis perlu henti ambil keterangan segera. Siasatan awal pagi begini langsung tidak masuk akal,” katanya.

Beliau yang turut berada di lapangan ketika itu berkata, siasatan berkenaan berkait dengan kehadiran media di pusat kuarantin berkenaan yang didakwa hadir tanpa kebenaran.

“Saya dimaklumkan siasatan dilakukan oleh kerana laporan polis yang dibuat oleh pegawai Kementerian Kesihatan iaitu Pengarah PKRC MAEPS berkenaan kehadiran media.

“Walau apa pun, nak ambil keterangan awal pagi macam ni selama empat jam di waktu mereka bertugas menyelamatkan negara adalah satu intimidasi yang tidak boleh dikompromi,” tegasnya.

Katanya, siasatan polis akan bersambung pada hari ini bagi mengambil keterangan petugas yang tidak bertugas pada malam semalam.

“KKM seharusnya tidak patut benarkan perkara ini berlaku. Mengambil keterangan pada waktu sebegini apabila doktor sedang bertugas adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.

“Mereka sudah pun kepenatan, sudah terlalu banyak bekerja dan keletihan, dan anda masih boleh terus membenarkan perkara ini? Memalukan,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberi jaminan kumpulan doktor kontrak yang menyertai mogok di seluruh negara pada Isnin lalu tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Katanya, doktor kontrak berkenaan berhak menyuarakan pandangan masing-masing sambil memaklumkan pihaknya menghormati kumpulan berkenaan.
FMT

Peserta hartal doktor kontrak PKRC MAEPS disiasat hingga 3 pagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker