‘Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker’
‘Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker’
KUALA LUMPUR: Ahli parlimen disaran untuk berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat jika isu Proklamasi Darurat ingin dibahas dengan segera dan tidak boleh ditunggu sehingga Isnin.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman berkata, ini kerana menteri hanya akan akur pada arahan yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
“Kalau masih tidak puas hati tentang kompaun, pergilah menghadap Speaker. Menteri akan ikut arahan Speaker. Saya kena teruskan dengan penerangan dari Menteri Kesihatan.
“Kalau tidak, Yang Berhormat gantilah saya menjadi Speaker,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan setelah itu bangun dan menjelaskan beliau akan tetap menjawab semua penjelasan mengenai perkara itu pada Isnin ini.
“Kita ada peraturan, Speaker, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, saya tertakluk kepada Speaker untuk memberi penjelasan pada Isnin ini,” katanya ringkas.
Bagaimanapun ia tetap menimbulkan ketidakpuasan hati pembangkang termasuklah Khalid Samad (Shah Alam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) sekali gus mendesak Takiyuddin menjawab sama ada pembatalan itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong atau tidak. Utusan
‘Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker’
Baca Artikel Menarik :
- PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat
- Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib
- Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib
- Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil?
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
- Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia
https://mykmu.net/2021/07/26/pm-cirit-birit-boleh-umum-kenapa-ordinan-darur