Perjalanan Masih Jauh Untuk Kembali Normal - Pakar Penjujukan Genom UK — MYKMU.NET

Perjalanan Masih Jauh Untuk Kembali Normal – Pakar Penjujukan Genom UK

Sebaran :

Perjalanan masih jauh untuk kembali normal – Pakar Penjujukan Genom UK

MASIH perlu melalui perjalanan yang panjang untuk keadaan kembali normal seperti sebelum pandemik COVID-19.

Ketua Penjujukan Genom Koronavirus Britain Sharon Peacock berkata, kebimbangan tetap ada terhadap varian Delta yang kini mendominasi dunia.

Katanya, proses untuk kembali kepada keadaan biasa menjadi perlahan susulan pelancaran vaksin yang tidak sama rata di seluruh dunia.

Menurut Peacock, apa yang diperlukan ialah pengawasan global yang jelas untuk varian baharu dan koordinasi mengenai vaksin terbaik sebagai persediaan di masa akan datang seperti yang dilakukan dengan selesema.

“Saya melihatnya sebagai perjalanan yang panjang, jadi tidak akan terjadi apabila kita bangun dan menyatakan kita akan hidup dengan COVID-19 dan semuanya akan baik-baik sahaja.

“Saya rasa masih banyak kerja dan usaha perlu dilakukan,” katanya kepada Reuters.

Britain melancarkan Program Platform Penilaian Varian Baharu untuk berkongsi kepakaran genomik di seluruh dunia.

Varian yang menjadi perhatian pada ketika ini adalah varian Delta yang digambarkan Peacock sebagai ‘paling kuat dan pantas’.

Varian Delta sangat mudah menular dan juga terbukti dapat mengurangkan keberkesanan dos pertama vaksin COVID-19 serta mampu menimbulkan masalah besar.

“Terdapat banyak mutasi baharu dalam varian Delta dan itu sedang diperhatikan dengan sangat teliti.

“Tetapi kita harus terus melihat jenis varian tertentu yang dikaitkan dengan penularan lebih banyak dan ia perlu dipantau pada ketika ini,” ujarnya.

Perdana Menteri Boris Johnson telah mengakhiri sekatan koronavirus di UK dengan mengatakan Britain harus berhati-hati dan belajar hidup dengan virus tersebut.-Awani

Perjalanan masih jauh untuk kembali normal – Pakar Penjujukan Genom UK


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: