Pengerusi Mara yang baru mahu pinjaman Mara lebih tepati syariah

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mahu membantu agensi itu beralih kepada kaedah pinjaman yang lebih menepati kehendak syariah dalam tempoh masa terdekat.

Menurut Asyraf Wajdi, aspek keberkatan perlu diberi penekanan terutamanya kepada sektor pembangunan usahawan yang amat penting dalam penciptaan kekayaan bangsa.

Katanya, ini kerana sektor itu bertanggungjawab membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera selama ini melalui pendekatan holistik termasuk pembiayaan, latihan dan pembangunan infrastruktur perniagaan.

“Antara punca keberkatan termasuklah kaedah pembiayaan mestilah bebas daripada syubhah riba. Ketika ini kaedah pembiayaan  masih lagi menggunakan prinsip Bai’ Al-‘Inah yang agak kontroversi dan sudah lama ditinggalkan oleh industri perbankan Islam.

“Situasi ini mengingatkan saya ketika membantu menstrukturkan kembali kaedah pinjaman atau pembiayaan dalam industri kewangan Islam daripada prinsip Bay al-inah kepada Tawarruq, Murabahah, Qard al-Hasan dan kontrak-kontrak lain.

“Insya Allah dalam tempoh terdekat ini, saya sedia membantu Mara untuk beralih kepada pembiayaan yang lebih efisien, tidak melibatkan kos yang tinggi dan yang utama menepati kehendak Syariah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, petang ini.

Terdahulu, Asyraf memaklumkan beliau melapor diri di agensi itu pada pukul 9 pagi tadi dengan disambut Ketua Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Mara.

“Alhamdulillah, hari yang produktif dan mengujakan. Esok siri taklimat-taklimat sektor dan lain-lain bahagian Mara diteruskan.

“Semoga Mara terus kekal menjadi sebuah agensi amanah yang membina sebuah eko-sistem pembangunan sosio-ekonomi yang memberi kesan amat besar kepada rakyat,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melantik Asyraf Wajdi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO menggalas jawatan tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker