Penentang vaksin Covid-19 meninggal dunia

Penentang vaksin Covid-19 meninggal dunia

Washington: Seorang antivaksin yang lantang menolak kebaikan suntikan itu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Portal BBC melaporkan Stephen Harmon dari California cukup dikenali apabila lantang mengutuk mengenai pengambilan vaksin dalam media sosialnya.



Lelaki itu juga sering menegaskan tidak akan mengambil vaksin untuk mengawal jangkitan Covid-19.

“Saya ada 99 masalah namun tidak akan sesekali mengambil vaksin,” kata lelaki berusia 34 tahun itu kepada 7,000 pengikutnya dalam media sosial pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Harmon menerima rawatan akibat pneumonia dan Covid-19 di sebuah hospital di sini sejak lebih sebulan lalu sebelum meninggal dunia, baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum kematiannya, Harmon dilihat merakam gambar keadaannya diberi bantuan oksigen menunjukkan dia terbaring atas katil hospital.



“Tolong doakan saya, mereka (hospital) mahu intubasi dan pasangkan alat pernafasan untuk saya,” katanya.

Dalam ciapan terakhirnya pada Rabu lalu, Harmon memberitahu dia memilih untuk diintubasi dan ‘tidak tahu bila akan sedar semula.’

Biarpun mempunyai komplikasi yang teruk akibat Covid-19, lelaki itu masih berdegil untuk menerima vaksin.

Sebelum kematiannya, lelaki itu pernah bergurau mengenai pandemik dan vaksin, berkongsi meme mengatakan dia lebih mempercayai kitab Bible berbanding pakar kesihatan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.



Pengasas Hillsong, Brian Houston mengesahkan berita kematian lelaki berkenaan menerusi satu ciapan Khamis lalu. HM

Penentang vaksin Covid-19 meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Joget di hotel dalam majlis Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker