Tidak wajar mogok ketika pandemik – Najib

Tidak wajar mogok ketika pandemik – Najib

Jangan mogok ketika kapasiti sistem kesihatan kita sudah kritikal pada zaman pandemik ini.

Kesianlah dengan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa.

Mereka tidak berdosa and juga adalah mangsa kerajaan PN.

Hari itu, saya saran kerajaan untuk jangan kedekut dengan doktor yang sudah sangat tertekan pada zaman pandemik dan ini bukan masa untuk runding-berunding.

“‘21 Julai 2021: Bukan wang bapa kamu, jangan kedekut dengan doktor’, kata Najib kepada Putrajaya”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/ia-bukan-wang-bapa-kamu-jangan-kedekut-dengan-doktor-kata-najib-kepada-putrajaya/

Tapi kerajaan PN degil.

Tak apa.

Ada yang akan sindir bahawa doktor kontrak ini bermula masa kerajaan BN.

Tapi jika keputusan itu tak betul, kenapa pula kerajaan PH dan kerajaan PN tak perbetulkan?

Namun, situasi sekarang sudah sangat berbeza dengan masa dahulu masa kerajaan BN.

Doktor-doktor kontrak sudah buktikan ketabahan, kesabaran, pengorbanan dan kebolehan mereka sambil menghadapi risiko yang tinggi pada pandemik ini.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia amat hargai jasa-jasa kalian.

Pandemik ini juga telah membuktirkan bahawa wujudnya keperluan bagi lebih ramai doktor-doktor tetap kerajaan.

Ini cuma masalah dana dan perancangan logistik. Boleh diatasi pada masa depan.

Tak cukup dana, kita cari dana.

Sebab itu, saya saran doktor-doktor ambil dulu tawaran sambungan kontrak 2 tahun ditawar kerajaan PN.

Jangan mogok dan hukum pesakit tidak berdosa.

Saya dan ahli keluarga pesakit secara ikhlas rayu pada kamu.

Pada masa depan, kerajaan BN akan perbetulkan dan akan mengembalikan keadilan pada kamu. Najib Razak

Tidak wajar mogok ketika pandemik – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker