Kerajaan beri gula-gula tutup mulut – Doktor Kontrak

Kerajaan beri gula-gula tutup mulut – Doktor Kontrak

Tawaran Putrajaya bukan penyelesaian, hanya ‘gula-gula’ tutup mulut, kata gerakan

Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan teruskan mogok mereka pada 26 Julai ini walaupun kerajaan memutuskan khidmat mereka dilanjutkan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Gerakan itu berkata ini berikutan tawaran kerajaan untuk menyambung kontrak itu bukanlah suatu penyelesaian malahan disifatkan sebagai ‘gula-gula’ untuk menutup mulut.

“Kami tahu bagaimana sistem ini berfungsi dan kami tidak akan terpedaya.

“Berhenti memberi kami penyelesaian separuh masak yang diberikan oleh orang yang bahkan tidak dalam bidang ini, atau bahkan tidak tahu bagaimana sistem ini berfungsi, atau mungkin tidak perlu bersusah payah memikirkannya kerana masalahnya bukan masalah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Muhyiddin berkata Jemaah Menteri bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, langkah penyelesaian segera itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Dalam pada itu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak mahu kerajaan beri perancangan jelas untuk kerjaya mereka.

“Hartal pasti berlaku. Dua hari lagi,” katanya.

Kerajaan beri gula-gula tutup mulut – Doktor Kontrak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker