Awal Ashaari diberi notis 2 minggu tinggalkan Melodi

Awal Ashaari diberi notis 2 minggu tinggalkan Melodi

Awal Ashaari terkilan, ralat, diberi 2 minggu notis tinggalkan Melodi

Pengacara popular, Awal Ashaari terkilan dan ralat kerana hanya diberi notis dua minggu untuk meninggalkan program Melodi yang sudah dikendalikannya selama lapan tahun.

Menerusi entri terbaharu dalam Instagramnya, Awal memberitahu, dia hanya diberikan masa dua minggu untuk menghabiskan dua episod terakhir sebelum Melodi memperkenalkan hos baharu mereka pada minggu ini.

“Dua minggu yang cukup sugul bagi saya. Ikutkan hati nak berdiam sahaja, tapi memandangkan ramai yang dah bertanya, tak baik pula membiarkan peminat dan rakan media berteka-teki.

“Semalam 23 Julai merupakan hari terakhir saya bersama program Melodi. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kami bersiaran secara virtual dan petang semalam merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna di rumah kami masing-masing.

“Pihak stesen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan inhouse talent (pengacara dalaman) yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos depan,” tulisnya.

Tambah Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 40, dia benar-benar terkejut mengenai notis pemberitahuan yang langsung tidak pernah dijangkanya.

“Terkejut, sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint (bayangan), ada kiasan dan maklumat dalaman dan selalunya cukup masa yang diberi untuk transisi besar dalam hidup kami.

“Dua minggu? Tentunya satu kepuasan yang sukar diterima di saat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja. Khidmat saya sebagai pengacara Melodi seolah-olah terhenti begitu sahaja,” katanya lagi.

Pada hantaran sama, suami kepada pelakon dan model Scha Alyahya itu tidak dapat menyembunyikan rasa ralat terhadap apa yang berlaku kepadanya itu.

“Ralat. Itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ini. Ralat sempat tak sempat balik ke set Melodo untuk episod terakhir.

“Ralat tak dapat jumpa team (pasukan) Melodi yang dah macam keluarga sendiri. Ralat sebab tak sempat sign off (undur diri) program kesayangan saya ini,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut bersedih dan terkejut akan kenyataan yang dikeluarkan Awal.

“Terima kasih sebab selalu hiburkan kami di Melodi. Insya-Allah pasti ada rezeki lebih luas buat Awal dan Janna nanti,” tulis netizen.

Pada hantaran sama, Awal turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak terhingga peminat selama lapan tahun mengendalikan program Melodi.

“Terima kasih tidak terhingga. Saya minta maaf sekiranya ada salah silap sepanjang mengendalikan Melodi.

“Dari kecik saya tengok Melodi, kesemua idola saya pernah mengacarakan program ini dan bila saya dapat mengacarakan, ia satu pengiktirafan yag cukuo besar buat saya,” ujarnya.

Terdahulu, Disember 2017 lalu, Awal pernah menghantar surat untuk berhenti daripada mengacarakan program Melodi setelah enam tahun mengacarakannya namun ditolak pihak penerbitan.

Sepanjang menjadi pengacara Melodi, Awal pernah digandingkan dengan Zizan Razak, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz dan AG Kool FM.

Minggu lalu, desas-desus mengenai pertukaran pengacara Melodi mula bertebaran apabila Awal ada memuat naik status seakan-akan bayangan dirinya ditamatkan perkhidmatan sebagai pengacara program hiburan nombor satu itu. K Online

Awal Ashaari diberi notis 2 minggu tinggalkan Melodi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker