Dianggap ‘pemusnah ekosistem’, telur ikan bandaraya umpama ‘emas’ jana pendapatan

Siapa sangka, usaha memburu ikan bandaraya untuk mengurangkan populasinya mampu menjana pendapatan sampingan buat Mohamad Haziq A Rahman hingga mencecah RM2,000 seminggu.

Menurut Haziq, 32, semuanya bermula apabila dia bersama rakan-rakannya kecewa kerana setiap memancing umpannya pasti dihinggapi ikan pendatang itu.

“Boleh kata tertekan juga memancing sebab dapat ikan tu. Dekat situ lah saya ambil inisiatif sebenarnya nak hapuskan ikan. Kalau kata istilah kasar, kita bunuh dia lah.



“Saya bedah ikan itu, saya tengok telur dia menarik sebab kemerahan, saya jadikan umpan dan ikan pemangsa makan. Maksudnya, lebih senang memancing guna telur ikan bandaraya daripada umpan lain,” katanya kepada FMT.

Bapa kepada tiga anak ini berkata umpan ikan bandaraya yang digunakannya mula menjadi buah mulut pemancing lain apabila dia berkongsi mengenai hal itu di media sosial miliknya.

“Nak jadikan cerita, saya ingat lagi awal tahun 2022 ada hamba Allah ni daripada Melaka, hubungi saya daripada media sosial. Dia cakap boleh tak bekalkan dekat dia umpan yang saya pakai sebelum ni”, tambahnya.

Hasil menjala Haziq (kiri) bersama rakannya dipenuhi ikan bandaraya berbanding ikan lain.

Haziq yang juga pengusaha katering berkata harga telur ikan bandaraya yang dijualnya mampu mencecah RM40 hingga RM60 per kilogram bergantung kepada saiznya, ditambah pula bukan semua ikan yang ditangkapnya mempunyai telur.



“Kalau ada 100 ekor yang kita tangkap, mungkin yang ada 20 hingga 30 ekor saja yang ada telur. Stok selalunya tak cukup nak tampung permintaan pemancing,” jelasnya.

Tambahnya, harga umpan telur ikan bandaraya mahal kerana permintaan yang ditinggi di samping dia berdepan risiko lemas dan diserang haiwan buas serta jala yang digunakan berpotensi tersangkut di dasar sungai.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Unisel Intan Faraha A Ghani, ikan bandaraya merupakan spesies tahan lasak yang berasal dari Amerika Selatan dan boleh mengancam kepupusan spesies air tawar lain kerana ia boleh memakan telur ikan tempatan lain.

“Bila dia dah mendominasi satu kawasan tu, apa akan jadi dia akan makan telur ikan-ikan yang lain. Dah lah dia spesies tahan lasak dia boleh hidup satu kawasan yang tercemar. Dia pula mengganggu telur-telur ikan asli,” kata Intan.



Pada masa yang sama, Intan berkata menurut kajian yang dilakukannya, isi ikan bandaraya boleh dijadikan sebagai makanan ikan sekaligus akan membantu usaha untuk mengurangkan populasi ikan itu.

Di Malaysia terdapat dua subspesies utama ikan ini ditemui di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor iaitu pterygoplichthys pardalis (Amazon sailfin catfish) dan pterygoplichthys disjunctivus (vermiculated sailfin catfish) yang serumpun dengan ikan keli.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker