Khairy pula benarkan penerima vaksin rakam gambar dan video

Khairy pula benarkan penerima vaksin rakam gambar dan video. Orang ramai kini dibenar membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu.

“Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya.

Menurutnya, penerima vaksin turut disaran melihat jarum ketika proses suntikan dilakukan selain jururawat perlu menunjukkan picagari yang mempunyai cecair vaksin kepada penerima.

“Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap isu suntikan kosong yang tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang individu mendakwa dia disuntik dengan picagari kosong oleh petugas selepas menonton semula rakaman video semasa proses suntikan berlaku.

Khairy pula benarkan penerima vaksin rakam gambar dan video


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak boleh rakam gambar, video

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker