Khidmat doktor kontrak dilanjut 2 tahun

Khidmat doktor kontrak dilanjut 2 tahun, kata PM

Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, langkah penyelesaian segera itu adalah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.



“Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat (4) tahun kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama,” katanya.

Muhyiddin berkata, langkah ini bagi memastikan pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

Tambah beliau, bagi memastikan laluan kerjaya yang setara dan adil, Jemaah Menteri bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan.

“Antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal,” tambahnya. FMT



Khidmat doktor kontrak dilanjut 2 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker