Tak boleh rakam gambar, video

Sebaran :

Tak boleh rakam gambar, video

KUALA TERENGGANU: Kerajaan tidak membenarkan penerima vaksin merakam gambar atau video ketika disuntik vaksin COVID-19 kerana tidak mahu perbuatan itu mengganggu kelancaran proses vaksinasi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, penerima vaksin bagaimanapun boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas proses suntikan.

“Maaf, kerajaan tak dapat memenuhi permintaan orang ramai merakam gambar atau video ketika disuntik di pusat penerimaan vaksin (PPV).

“Perbuatan itu dikhuatiri mengganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV. Namun penerima vaksin boleh meminta petugas menunjukkan picagari sebelum dan selepas suntikan dilakukan,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau mengulas gesaan beberapa pihak supaya orang ramai dibenarkan merakamkan gambar atau video ketika proses suntikan vaksin COVID-19.

Gesaan itu dibuat susulan ada penerima vaksin mendakwa disuntik dengan picagari kosong baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, MOSTI sudah mengarahkan petugas di PPV menunjukkan picagari kepada penerima sebelum dan selepas suntikan.

“Langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima yang picagari digunakan mengandungi cecair vaksin COVID-19,” katanya. BH

Tak boleh rakam gambar, video


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos


Sebaran :

Leave a Reply