China lancar kereta api maglave paling laju

China lancar kereta api maglave paling laju

China kini memiliki antara kenderaan darat terpantas di dunia dengan pelancaran kereta api maglev yang mampu mencapai kelajuan mencecah 600 kilometer sejam (kph) pada Selasa.

Sistem pengangkutan maglev terbaharu itu mula diperkenalkan kepada umum di bandar pesisir Qingdao, dekat wilayah Shandong di China timur.

Kelajuan kereta api itu dikatakan menghampiri 603 kph, rekod dunia yang dicapai kereta api maglev Jepun keluaran Central Japan Railway, sekali gus menyaksikan persaingan sengit dalam penguasaan teknikal bagi pasaran kereta api laju.

Menurut China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC), teknologi yang dibangunkan China itu menandakan pencapaian saintifik dan kemajuan terkini negara itu dalam bidang kereta api transit.

Penemuan terbaharu China itu menunjukkan bahawa negara tersebut telah menguasai satu set lengkap teknologi kejuruteraan kereta api maglev berkelajuan tinggi, termasuk integrasi sistem, pengeluaran kenderaan, bekalan kuasa, landasan kereta api serta kawalan dan komunikasi pengangkutan, kata syarikat itu.

Dilancarkan pada Oktober 2016, projek kereta api maglev berkelajuan tinggi itu menyaksikan pembangunan prototaip kereta api-magnetik itu berjaya mencecah kelajuan tertinggi sehingga 600 kph pada tahun 2019.

CRRC yang merupakan pengeluar lokomotif terbesar dunia, melakukan penambahbaikan sebelum memperkenalkan kenderaan itu yang mempertaruhkan aspek ketahanan selain ringan sebagai kekuatannya.

Kereta api itu mampu bergerak bersama dua hingga 10 gerabak, masing-masing mampu memuatkans sehingga 100 penumpang, kata Ketua jurutera projek Ding Sansan.

Menurut Ding, kereta api itu adalah penyelesaian terbaik untuk perjalanan dalam jarak 1,500 km, sambil menambah ia mengisi jurang kelajuan antara penerbangan dan kereta api berkelajuan tinggi.

Ia turut memendekkan masa perjalanan selama dua jam berbanding menggunakan kereta api laju biasa (bullet train).

Setakat ini, syarikat itu belum mengumumkan sebarang rancangan lanjut untuk pengkomersialan pengangkutan maglevnya. FMT

China lancar kereta api maglave paling laju


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes rasuah, bring it on – Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker