Muafakat Nasional (MN) Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka – Ahmad Zahid

Muafakat Nasional (MN) Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK:  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mustahil untuk gagasan Muafakat Nasional (MN) diteruskan jika Pas terus memperlihat sikap ‘talam dua muka’.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan dikeluarkan tetapi menerusi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti tersebut.



“Kita (UMNO) tidak ambil kira soal kononnya politik matang iaitu siang cakap lain, malam (boleh) cakap lain, esok cakap lain lagi.

“Kita tidak mahu ada sindir-menyindir, kita tahu mana yang mutu, mana yang manikam, sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya, ” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilftri anjuran beliau dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.
AHMAD Zahid Hamidi (tengah)pada majlis sambutan Aidilftri anjuran beliau dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid,  setakat ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukannya menggunakan gagasan MN.

Jelas beliau, ia kerana UMNO sudah memberi cukup ruang dan peluang kepada Pas untuk meneruskan program penyatuan ummah menerusi MN tetapi sikap parti itu tidak ke arah itu.

Beliau juga berpandangan adalah lebih elok untuk pemimpin kedua-dua parti menghormati pendirian yang dibuat oleh badan tertinggi parti masing-masing.



Ahmad Zahid juga menjelaskan pendirian untuk menghormati keputusan dibuat UMNO Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan Pas sebaliknya bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan oleh Pas dan UMNO disifatkan sebagai formula terbaik.

Takiyuddin berkata, penyatuan itu bukan terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Oleh itu, Pas dilaporkan masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana disebut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.



Mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, agar tindakan dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah yang enggan mengiktiraf kerajaan sekarang seperti laporan media semalam, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mengambil sikap terbuka untuk menyantuni semua perbezaan pendapat.

Jelas Ahmad Zahid, Lembaga Disiplin UMNO kebiasaannya mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pemimpin atau ahli yang melakukan tindakan merosakkan perpaduan parti. – UO

Muafakat Nasional (MN) Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker