Terjaga Waktu Malam Sebab Sakit Perut, 4 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya

Sebaran :

Terjaga Waktu Malam Sebab Sakit Perut, 4 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya

PASTI ada di antara kita yang pernah terbangun di tengah malam kerana berasa sakit perut dan ingin membuang air besar.

Pergerakan usus pada waktu malam dianggap sebagai ‘penggera’ yang boleh menandakan sesuatu tidak kena.

Terdapat beberapa faktor yang mengaktifkan reseptor usus secara berlebihan sekaligus merangsang pergerakan usus atau menyebabkan kerosakan pada dinding usus.

Berikut adalah empat sebab mengapa anda tiba-tiba berasa sakit perut ketika sedang nyenyak tidur.

Sakit Perut

1. Jangkitan

Jangkitan saluran penghadaman boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Antara tanda seseorang mengalami jangkitan apabila mengalami cirit-birit, perut berasa kram, mual dan muntah serta demam ringan.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini biasanya akan sembuh dengan sendirinya.

2. Masalah pencernaan

Penyakit keradangan usus (IDB) seperti penyakit crohn dan kolitis ulsertiva boleh menjadi punca seseorang terbangun pada waktu tengah malam untuk membuang air besar, malah itu adalah salah satu gejalanya.

Selain itu, pesakit yang mengalami penyakit ini turut mengalami gejala seperti penurunan berat badan, sakit perut, najis berdarah dan cirit-birit.

Keracunan makanan

3. Keracunan makanan

Jangkitan pada sistem pengadaman kerana makanan boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit perut lebih kerap termasuk pada waktu malam.

Bagaimanapun, pesakit tidak boleh berdiam diri sekiranya mengalami keracunan makanan termasuk mengalami gejala seperti demam, najis berdarah, sakit kepala dan muntah.

Sebaik-baiknya segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan agar keadaan pesakit terkawal.

4. Pengaruh ubat

Jika anda tiba-tiba sakit perut pada pukul 2 pagi, cuba semak kembali sama anda pernah makan ubat tertentu seperti antibiotik yang dapat mengubah keseimbangan bakteria usus dan menyebabkan cirit-birit.

Terjaga Waktu Malam Sebab Sakit Perut, 4 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri


Sebaran :

Leave a Reply