Polis Bagi Can Pemilik Motosikal Dengar Sendiri Bunyi ‘Ekzos Bising’ [VIDEO]

Polis Bagi Can Pemilik Motosikal Dengar Sendiri Bunyi ‘Ekzos Bising’ [VIDEO]

Isu modifikasi ekzos bising antara salah satu ‘penyakit’ yang tiada penawarnya sejak dahulu lagi. Walaupun penguatkuasa pernah memberikan kompaun kepada pemilik motosikal, namun ia tidak menghalang pemilik motosikal untuk tetap mengubah suai ekzos mereka.

Baru-baru ini tular satu video pendek berdurasi 4 saat menunjukkan seorang anggota PDRM telah meletakkan pemilik motosikal berhampiran ekzos motosikal sendiri dan memulas throttle sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat membingitkan.

Video pendek tersebut mendapat sokongan orang ramai yang menunjukkan tanda berpuas hati kerana memang sudah lama ‘geram’ dengan segelintir pemilik motosikal sering kali membuat bising dengan ekzos mereka ketika berada di kawasan kejiranan.

Tambah mereka lagi, ‘hukuman’ ini bukan sahaja dijadikan pengajaran buat pemilik motosikal, ia juga patut dibuat kepada pemilik kedai-kedai yang menjual ekzos bising ini.

Dari ribuan komen dan ciapan yang dikongsikan, orang ramai menyatakan mereka ‘tertekan’ dengan segelintir pemilik motosikal yang tidak tahu menghormati ketenteraman kawasan kejiranan dengan membuat bising.

Lebih-lebih lagi kawasan kejiranan tersebut didiami oleh warga emas dan bayi kecil yang mudah terkejut apabila mendengar bunyi ekzos bising dari motosikal tersebut.-TVC

Polis Bagi Can Pemilik Motosikal Dengar Sendiri Bunyi ‘Ekzos Bising’ [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

[VIDEO] Cari Penyakit Panggang Daging Babi Pada Ekzos Lamborghini

Ekzos motosikal, sekuat mana ianya dibenarkan oleh undang-undang?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker