Pembangkang Johor kini dikenali pengimbang

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan wakil rakyat pembangkang negeri itu digelar pengimbang berikutan peranan mereka disifatkan pengimbang dan pemeriksa kepada kerajaan.

Pembangkang Johor kini dikenali pengimbang

ISKANDAR PUTERI: DUN Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Adun pembangkang bagi menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Khamis lepas.

Perkara itu dimaklumkan Speaker DUN Johor Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

“Sebagaimana yang telah dimulakan oleh Adun Machap (Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi) semalam, kita akan menggunakan istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN lebih berwibawa.

“Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih,” katanya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 .

Pada titah perasmian pembukaan, Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang berikutan peranan mereka disifatkan sebagai pengimbang serta pemeriksa kepada kerajaan.

Baginda bertitah, gelaran pembangkang diberikan kepada ahli dewan di pihak bukan kerajaan sebagai kurang sesuai kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan semata-mata.

Katanya, mereka turut bertanggungjawab untuk menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak berbuat sesuka hati. FMT

Pembangkang Johor kini dikenali pengimbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker