Jangan Tuang Aje… Ada 5 Jenis Fabrik Tidak Boleh Dicampur Dengan Pelembut Pakaian

Jangan Tuang Aje… Ada 5 Jenis Fabrik Tidak Boleh Dicampur Dengan Pelembut Pakaian

MENGGUNAKAN pewangi dan pelembut pakaian sudah menjadi kebiasaan ketika mencuci pakaian.

Bukan sahaja segar dan berbau harum, pelembut pakaian juga dapat menciptakan lapisan pelindung nipis di atas fabrik yang membuatkan ia lembut dan berbau wangi.



Bagaimanapun sekiranya ia digunakan secara melulu, pelembut dapat merosakkan pakaian dan terdapat beberapa jenis fabrik yang tidak digalakkan menggunakan produk tersebut.

Kain Berbulu

1. Fabrik berbulu

Penggunaan pelembut pakaian pada fabrik jenis bulu adalah sepatutnya tidak berlaku kerana ia adalah material ringan dan lembut secara semula jadinya.

Ketika produk itu digunakan, ia boleh menghilangkan tekstur dan fungsinya bagi memanaskan badan.



Pakaian Renang

2. Pakaian renang

Pakaian renang biasanya diperbuat daripada bahan sintetik seperti spandeks, lycra, elastane, nilon dan poliester yang tidak sesuai dicuci menggunakan pelembut pakaian.

Ini kerana fabrik berkenaan biasanya tidak menyerap air dan cepat kering ketika dijemur.

Mencuci pakaian renang dengan bahan itu dapat menyebabkan ia menarik lebih banyak kelembapan yang melambatkan proses pengeringan dan meninggalkan bau hapak berbanding bau harum.



Senaman

3. Pakaian bersenam

Jika ada yang mencuci pakaian bersenam menggunakan pelembut pakaian, hindari mengulanginya kerana kebanyakan pakaian senaman diperbuat menggunakan bahan yang menyerap kelembapan.

Sebagai alternatif, gunakan serbuk pencuci enzim yang lebih selamat serta mampu mengeluarkan kotoran degil dengan lebih berkesan.

Linen Fabric



4. Fabrik linen

Ruang kecil di antara benang kain linen mampu menyerap bahan pelembut pakaian dan ia sekaligus merosakkan fabrik.

Baby Clothes

5. Pakaian bayi

Daripada semua jenis fabrik yang tidak boleh menggunakan pelembut, pakaian bayi dan kanak-kanak adalah paling penting.

Ini kerana lilin daripada pelembut fabrik dapat menyebabkan pakaian bayi menjadi kurang ketahanan terhadap api atau haba membuatkan bayi atau kanak-kanak akan berasa rengsa ketika memakainya.



Jangan Tuang Aje… Ada 5 Jenis Fabrik Tidak Boleh Dicampur Dengan Pelembut Pakaian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]



‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker