Resepi popia pisang goreng coklat berkeju

Resepi popia pisang goreng coklat berkeju

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya

Kita nak kongsikan satu lagi resepi mudah yang tentunya sangat sedap dan melting iaitu popia pisang goreng coklat berkeju. Panjang pulak nama resepi hari ni.

Resepi ni boleh dipelbagaikan cara membuatnya samada nak letak coklat, keju, oreo atau sebagainya.

Dalam resepi ini saya letakkan keju cheddar dan mozarella supaya popia pisang goreng coklat berkeju ni lebih sedap dan melting gituuu!

Coklat pulak boleh letak pelbagai jenis pilihan coklat seperti coklat bar, coklat cip, nutella dan sebagainya terpulang kepada selera masing-masing.

Apabila digoreng, coklat dan keju ini akan mencair dan sangat sedap untuk dinikmati. Korang boleh letak coklat dan keju sebanyak mana yang korang suka.

Lagi banyak lagi la sedap rasa popia korang tu. Pertama kali terus jatuh cinta dengan kerangupan popia ini dan kombinasi rasa pisang, coklat dan kejunya. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba buat sendiri yea! Selamat mencuba.

Bahan-bahan membuat popia pisang goreng coklat berkeju:

Kulit Popia
Keju Cheddar
Pisang
Coklat
Keju Mozarella
Air

Cara-cara untuk membuat popia pisang goreng coklat berkeju:

Ambil sekeping kulit popia letakkan keju, pisang yang telah di belah 2 dan coklat di atasnya.

Gulungkan kulit popia dengan kemas dan sapukan sedikit air di hujungnya sebagai gam untuk melekatkan kulit popia tersebut.

Goreng popia hingga kuning keemasan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan!

Dah pun siap. Tengok pun dah lapar.

Resepi popia pisang goreng coklat berkeju


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kek kukus prune sedap moist

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker