Cara pecahkan batu karang, tak perlu pembedahan

Sebaran :

Cara pecahkan batu karang, tak perlu pembedahan

Batu karang sememangnya menyakitkan. Jika tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan komplikasi kepada buah pinggang. Ngeri kan?

Jom kami kongsi petua hilangkan batu karang yang terbukti berkesan.

Petua pertama dari Dr. Hamid Arshat



Petua ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat, doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Caranya:

Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.

Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.



Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.

Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.

Petua kedua juga dari Dr Hamid Arshat



Petua kedua adalah lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:

Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.

Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.

Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.

Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.

Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.

Petua ketiga juga dari Dr Hamid Arshat

Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari.

Caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.

Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.

Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.

Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.

Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.

Petua keempat dari Dr Shah Kamal

Petua ini cukup mudah dan hanya guna 2 bahan utama iaitu Apple Cider Vinegar (cuka epal) dan madu.

Cara:
Ambil setengah gelas air.
Ambil 2-3 sudu besar cuka epal, satu sudu besar madu lebah. Campur dengan air tadi.

Pastikan minumnya setiap pagi sebelum kita minum atau makan sarapan. Janfan minum atau makan selama 30 minit.

Lakukan selama 5 hari, insyaAllah anda akan lihat kesannya.

Batu karang akan pecah dan keluar melalui air kencing.

Ia juga boleh diamalkan selalu supaya kita tidak akan mendapat masalah batu karang.

Selamat mencuba.

Cara pecahkan batu karang, tak perlu pembedahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.