Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV



Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV

PETALING JAYA: Polis menyiasat dakwaan bahawa sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Johor Bahru, yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang tadi.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat itu. FMT




Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



One thought on “Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV

  • Apa ni? Dalam masyarakat kita ni sangat suka buat video2 jijik untuk dijulang sebagai hebat. Adakah apabila petugas2 di barisana hadapan mengambil sedikit nafas makan durian yang dihadiahkan oleh individu2 yang simpati dengan penat lelah mereka dijadikan modal memburukan mereka seolah mereka telah membuat satu jenayah besar?? Sudahlah yang mengambil dan menyebarkan video itu tidak menghulurkan apa2 bantuan, tetapi cuba berlagak sebagai alim dan malaikat. Harap polis, janganlah terlalu ghairah membuang masa buat siasatan apabila ada saja yang membuat aduan. Gunakan pertimbangan waras.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.